Contoh Penghargaan Assignment Kolej

This action might not be possible to undo. Are you sure you want to continue?

Pengenalan bangunan bersejarah yang dipilih anda adalah antara isi dan konteks yang perlu anda masukkan dan lengkapkan di dalam tugasan sejarah itu.

Bagi yang masih samar-samar tentang bagaimana cara untuk menulis pengenalan bangunan bersejarah di dalam kerja kursus anda, Mypt3 mahu kongsikan contoh pengenalan bangunan bersejarah terbaik yang boleh anda ubahsuai ke dalam kerja kursus Sejarah Pt3 2016 anda kali ini

Pengenalan bangunan bersejarah yang dipilih anda adalah antara isi dan konteks yang perlu anda masukkan dan lengkapkan di dalam tugasan sejarah itu. Bagi yang masih samar-samar tentang bagaimana cara untuk menulis pengenalan bangunan bersejarah di dalam kerja kursus anda, Mypt3 mahu kongsikan contoh pengenalan bangunan bersejarah terbaik yang boleh anda ubahsuai ke dalam kerja kursus Sejarah Pt3 2016 anda kali ini

Di dalam pengenalan bangunan bersejarah, anda boleh memasukkan isi-isi seperti dengan menyatakan dan menerangkan maksud bangunan bersejarah itu sendiri atau definisi bangunan bersejarah pada pemerhatian dan sudut pandangan anda. Definisi bangunan bersejarah boleh didapatkan melalui sumber bacaan seperti surat khabar, internet, majalah ataupun melalui temu ramah individu tertentu yang berkaitan dengan penglibatan bangunan bersejarah. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh semak contoh pengenalan bangunan bersejarah kerja kursus sejarah PT3 di bawah ini :

Contoh Pengenalan Bangunan Bersejarah Kerja Kursus Sejarah PT3

Bagi mendapatkan hasil kerja kursus yang terbaik dan maksimum, anda haruslah memulakannya dengan pengenalan yang mantap dengan cara menghuraikan atau menjelaskan keseluruhan kajian yang dilakukan secara umum mengenai tajuk tugasan yang telah diberikan.

Contoh pengenalan kerja kursus Sejarah PT3 adalah seperti berikut :

Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin pesat membangun dan maju dalam pelbagai sektor, namun dicelah-celah arus pembangunan dan pemodenan ini terdapat bangunan bersejarah yang menarik dan indah di samping keunikan reka bentuk dan senibina bangunannya  serta penuh dengan kesan sejarah ketamadunan pada suatu masa dahulu yang tetap terpelihara sehingga kini.

Setiap bangunan dan tinggalan lama bersejarah yang terdapat di negara ini mestilah dipelihara dan dipulihara dengan rapi dan sebaik mungkin bagi mengelakkan warisan ketamadunan sejarah ini daripada terus lenyap, pupus dan dilupakan oleh generasi masa kini dan pada masa akan datang.

Contoh bangunan bersejarah yang wajar dan mestilah dipulihara adalah seperti Balai Besar di Alor Setar, Kedah, Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Kota Margherita di Sarawak dan Bangunan Stadhuys di Bandar Hilir, Melaka. (Anda boleh nyatakan bangunan tinggalan sejarah lain yang lebih menarik dan terkenal)

Begitu juga di tempat tinggal saya di Pulau Pinang terdapat bangunan bersejarah ….. (Sila nyatakan bangunan bersejarah yang anda kaji untuk tugasan anda)

p/s: Diharapkan dengan perkongsian contoh pengenalan bangunan bersejarah ini dapat memberi manfaat kepada pelajar PT3 untuk menyelesaikan dan menyiapkan tugasan dan kerja kursus sejarah PT3. Semoga anda dapat menghasilkan pengenalan yang bermutu dan berkualiti seterusnya menarik minat pemeriksa untuk membacanya.

Sambung Baca Lagi Informasi dan Artikel Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *